Langkau ke kandungan
 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Masjid Terapung · Pulau Pangkor, Perak

Masjid Al Badr Seribu Selawat

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

— HR. Muslim

“Orang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku.”

— HR. Tirmizi

“Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.”

— Surah An-Nisa’: 103

Waktu Solat Hari Ini

— · —

Zon PRK01 · Pulau Pangkor, Manjung

Menjelang —

--:--:--

  • Imsak

  • Subuh

  • Syuruk

  • Zohor

  • Asar

  • Maghrib

  • Isyak

2017
Dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak
1,000+
Selawat berkaligrafi tangan
1,000+
Kapasiti jemaah
Pertama
Masjid terapung di negeri Perak
Masjid Al Badr Seribu Selawat dari hadapan

Dirasmikan

8 Jun 2017

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sejarah Ringkas

Galeri seni khat Islam di atas laut

“Seribu Selawat” merujuk kepada 1,000 selawat yang diukir indah pada dinding dan tiang masjid — di dalam mahupun di luar — menjadikannya sebuah galeri seni khat Islam yang mengagumkan.

  • Masjid terapung pertama di PerakMercu tanda & tarikan utama Pulau Pangkor.
  • Warisan Perak + Timur TengahMotif bunga kertas & bunga kelumpang.
  • 5–10 minit dari Jeti PangkorMudah diakses dengan kenderaan.
  • Kaligrafi disahkanOleh JAIPk & Jabatan Mufti Perak.

Aktiviti & Program

Pusat ibadah, ilmu & kebajikan ummah

Masjid bukan sekadar tempat solat — ia nadi komuniti kariah Pulau Pangkor.

Jadual Kuliah
Ibadah

Ibadah

Selain solat fardu berjemaah yang menjadi teras, masjid menganjurkan tazkirah subuh, bacaan Yasin dan kuliah bulanan bagi menyemai kecintaan kepada sunnah serta memperkukuh kefahaman agama jemaah.

Dakwah Berkala

Dakwah Berkala

Guru Agama Dakwah dijemput secara berkala bagi menjalankan program street dakwah yang menyantuni masyarakat awam dan menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah.

Khidmat Komuniti

Khidmat Komuniti

Khidmat pengurusan jenazah, bantuan kebajikan dan sokongan rohani kepada ahli kariah. Gotong-royong, ziarah prihatin dan bantuan musibah memperkukuh semangat ukhuwah.

Pendidikan

Pendidikan

Kelas fardu ain, kelas al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa serta program bimbingan agama berkala — melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.

Bait Al-Rizq

Bait Al-Rizq

Inisiatif meringankan beban ahli kariah melalui agihan barangan asas, sumbangan kebajikan dan sokongan ekonomi kecil — medan berkongsi rezeki secara berterusan.

Ibadah Musim & Perayaan

Ibadah Musim & Perayaan

Ibadah korban, sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan perayaan Islam lain bagi menghidupkan syiar Islam serta mempererat ukhuwah masyarakat setempat.

Pengiktirafan

Masjid Paling Bersih di Negeri Perak

Komitmen berterusan pihak pengurusan, kakitangan dan sukarelawan kariah dalam memastikan rumah Allah sentiasa bersih, ceria dan selesa.

Lawatan Kerjasama

Menerima kunjungan antara masjid, institusi pendidikan, penyelidik dan agensi kerajaan.

Kuliah Maghrib

Jadual Oktober 2026

Selepas Maghrib · Masjid Al Badr Seribu Selawat

Jadual Penuh
  • Khamis 01 Yasin & Tahlil Ustaz Zulfadhli
  • Jumaat 02 Penawar Bagi Hati Ustaz Mohamad Zain
  • Isnin 05 Mustika Hadith Ustaz Fauzi Zakaria
  • Rabu 07 Masbuk & Muafik Ustaz Arif
  • Khamis 08 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman Ustaz Mazlan Al-Pangkory

Artikel & Berita

Liputan aktiviti terkini

Semua Artikel
Jemaah dan tetamu bergambar ramai semasa Jamuan Hari Raya 2026 Sambutan
9 April 2026 Ustaz Haji Faisal 0

Kemeriahan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026

Sambutan Aidilfitri peringkat masjid yang meriah dengan juadah tradisional, ukhuwah kariah dan pengunjung masjid terapung.

Baca lanjut
Delegasi penyelidik meneliti ukiran seni motif Islam di dalam masjid Penyelidikan
29 Januari 2025 Ustaz Haji Faisal 0

Kajian dan Penyelidikan Seni Motif Islam

Kunjungan istimewa delegasi penyelidik akademik dari UPSI, UNIMAS dan UKM bagi mengkaji seni motif Islam pada seni bina masjid.

Baca lanjut

Galeri

Keindahan yang menenangkan

Lihat Galeri

Dengan kerjasama

Kerajaan Negeri PerakMajlis Perbandaran ManjungMAIPkJAKIMPangkor Pulau Bebas Cukai

Mosque Tour

Lawatan Dialu-alukan

Masjid Al Badr Seribu Selawat mesra pelawat dan terbuka untuk lawatan sambil belajar, termasuk program mosque tour yang dikendalikan secara profesional dan penuh santun — untuk agensi kerajaan, NGO, sekolah dan swasta.

  • Slot lawatan 10.00 pagi – 4.00 petang
  • Sesuai untuk kumpulan kecil & besar
  • Penerangan sejarah & seni khat 1,000 selawat