Langkau ke kandungan
 

Masjid Al Badr Seribu Selawat

Perutusan Pengurusan Masjid

Ucapan aluan wakil pengurusan Masjid Al Badr Seribu Selawat, Pulau Pangkor, Perak.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang sentiasa istiqamah dalam menghidupkan syiar Islam.

Selamat datang ke Portal Rasmi Masjid Al Badr Seribu Selawat, sebuah masjid terapung yang menjadi mercu tanda kebanggaan di Pulau Pangkor, negeri Perak. Portal ini diwujudkan sebagai medium rasmi untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan aktiviti, program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak masjid kepada seluruh lapisan masyarakat.

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, kami berusaha menjadikan portal ini sebagai jambatan penghubung antara masjid dan komuniti — bukan sekadar sebagai pusat ibadah, tetapi juga pusat ilmu, dakwah, kebajikan dan perpaduan ummah. Aktiviti seperti kuliah pengajian, bacaan Yasin, program dakwah lapangan, pengurusan jenazah, ibadah korban dan pelbagai lagi inisiatif komuniti dilaksanakan dengan penuh komitmen dan ihsan.

Masjid ini turut mesra pelawat, termasuk pelaksanaan Mosque Tour secara berkala bagi memperkenalkan keindahan Islam dan seni bina masjid kepada masyarakat pelbagai latar belakang, sejajar dengan mesej rahmatan lil ‘alamin.

Kami mengalu-alukan sebarang pandangan membina daripada para pengunjung laman ini agar kami dapat terus menambah baik penyampaian maklumat dan kualiti perkhidmatan. Semoga segala usaha ini diberkati Allah dan menjadi saham akhirat buat kita semua.

Selamat melayari Portal Rasmi Masjid Al Badr Seribu Selawat.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Haji Faisal Mukminin Bin Mustafa

Setiausaha, Masjid Al Badr Seribu Selawat

Mosque Tour

Lawatan Dialu-alukan

Masjid Al Badr Seribu Selawat mesra pelawat dan terbuka untuk lawatan sambil belajar, termasuk program mosque tour yang dikendalikan secara profesional dan penuh santun — untuk agensi kerajaan, NGO, sekolah dan swasta.

  • Slot lawatan 10.00 pagi – 4.00 petang
  • Sesuai untuk kumpulan kecil & besar
  • Penerangan sejarah & seni khat 1,000 selawat